« Home | feminis malaysia » | ingatlah wahai hamba Allah » | Perodua or Proton? » | As-Syaheed Syeikh Ahmed Yassin » | siapalah kita » | bingkisan hawa kepada adam.. » | wanita oh wanita~ » | bagaimana anda wahai muslimat sekalian... » | semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk kam... » 

Monday, March 27, 2006 

pesanan untuk kita semua..

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

++personal beez++

  • I'm beez
  • From kelantan, Malaysia
  • ++seorang insan yang mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.++
++profil beez++
  • ++ahmad ridzuan ab ghafa++
    ++23 october 1983++
    ++tanah merah,kelantan++
    ++mjsc of pasir tumboh++
    ++mjsc of kota putra++
    ++ambang asuhan jepun++
    ++kyushu institute of tech++
    ++++++++++++++
    bermimpilah tentang apa yang kamu ingin kan
    pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi
    jadilah seperti yang kamu inginkan
    kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk kamu melakukan hal-hal yang kamu ingin lakukan

  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya

  • ++Five For Fighting-Superman(It`s Not Easy)++
    :: MalaysiaTopBlogs ::